AKU YANG MASIH MENCARI IDENTITI HAKIKI…

by - 10:27 PM





Aku bukannya ada masalah kekeliruan identiti. Tapi aku tak tahu apa aku nak…jadi!

Aku ada banyak cita-cita. Dari aku kecik sampai sekarang nih, aku dah besar.Cita-cita aku slalu berubah. Aku ingat lagi, cita-cita aku mase tadika dulu, aku nak jadi ustazah. Macam tak caye kan? Aku nak jadi ustazah sebab aku tengok mcm best jer kalo jd mcm ustazah aku. Tapi lepas tu aku tak nak jadi ustazah sebab aku rase jiwa aku tak sesuai untuk kerja nih. Pahtu aku tukar cita-cita aku, nak jadi cikgu lah, businesswoman lah, arkitek, ahli psikologi, akauntan, jurubank, mcm2 lg lah. Bleh dikatakan hampir semua typical job aku nak jadi.

Tapi dlm banyak2 tu, 2 karier jer aku tak pernah berangan nak jadi pon… Pertama, doktor, kedua, askar. Apsal aku tak nak? Tak minat lah. Aku tak nak jadi doktor sbb aku tak suka sakit -sama ada aku sendiri sakit ataupun tgk orang lain sakit. Lagipun aku selalu dgr, kalo nak jadi doktor, orang tu kna duk dlm bilik mayat satu mlm. Mase kecik2 dulu aku penakut.That’s y I don’t want to b a doctor. Tapi tu dulu lah, ‘penakut’ pon dulu je. Sekarang dah tak. Aku dah berani dok kat rumah sorang2 waktu malam. Aku tak nak jadi askar pon sbb aku tak minat. Walaupon ayah aku pencen askar, abang aku askar, kakak aku askar, abang ipar aku pon askar, tapi aku tak minat nak jadi askar. Sebab aku nih lemah-lembut!!! Sebenarnya mak aku, kakak aku, abang aku kate aku nih ‘lembik’ pasal semua kerja takleh wat sendiri. Erm… tu pon dulu gak, sekarang dah tak. Aku lemah-lembut lah, bukan lembik. Pompuan memang kena lemah-lembut, berjiwa feminin. Hari tu(5 tahun lps kot) mase hantar abang aku masuk ATMA (NDU) ramai gak pompuan study kat situ. Semuanya takde lah nampak tomboy, biase jer. So,ayah aku pon pernah suruh aku masuk ATMA gak. Aku rase mustahil. Banyak halangan, antaranya, aku pakai spek. Kalo takde halangan pon aku memang tak berminat. Agaknya kalo aku masuk ATMA, jadi cam citer Cadet Kelly,tak?? Fuh, perasannya budak nih?!

Sekarang nih? Aku sendiri tak tahu aku minat ape… Matematik? Add math? Prinsip akaun? Aku takde lah expert sgt, okey2 jer. B.M? B.I? Aku tak pandai wat esei. Esei aku mesti pendek n tak best mcm kwn2 aku. Kalo stakat tulis blog, anak sedara aku@budak kecik pon boleh. Fizik? Kimia? Biology? Huh… semua tuh aku blurr(erk… teruknye). Sejarah? Pendidikan islam? Nih okey lah… orang islam, 100% Melayu.

So aku nak jadi ape? Ayah aku suruh aku amik kos medic, tak pun farmasi. Paling takleh sgt pun cikgu –cikgu akaun(gaji tinggi!!). Aku pon dah ade lah minat nak jd doktor… tu pon kalo result SPM nnt melayakkan aku amik kos nih.

Kalo bleh aku kan, aku nak kerja yang tak ramai orang kerja dalam karier tu. Kalo bleh lagi, biarlah kerja tu aku sorang jer yang buat dlm negara nih. Kerja ape ek? Ha.. perdana menteri, tak pon angkasawan pompuan. Hahaha…tingginye cita-cita aku. Kalo takleh jd perdana menteri pon, jd lah menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat ke, menteri kesihatan ke, wakil rakyat kawasan aku ke. Paling paling takleh pon jadi setiausaha politik menteri, pon okey gak kan? Aku minat politik ke? Aku pon tak tau. Kalo aku pilih kerja mcm ni, mesti ayah aku tak bagi. Sebab pekerjaan tu semua macam amik risiko. Kerja blom tentu dpt. Kalo aku anak sedara menteri takpe gak. Bleh pkai cable. Erk,,, jahatnya. Aku nak amik engineering pon ayah mcm tak support sgt… pasal kalo jd engineer maybe kena kerja kat syarikat swasta. Kalo ekonomi gawat, diorg pecat kite. Tu pasal ayah aku tak bagi .

Bila fikirkan risiko, cita-cita aku jadi tersekat. Sbb tu aku tak tahu nak jadi ape. Aku tak tahu aku ni ade bakat ape. Nak buat tu tak bleh, nak wat nih tak bleh, takut nnt jadi macam tu, macam ni. Boring kan? Lagi pon layak ke aku bercita-cita? Result ntah kemana… kalo cemerlang mcm Nik Nur Madihah takpe lah. Semua benda bleh wat.

Tu lah masalahnye kan? Risiko n result. Bila pk dua benda nih, semua impian terbantut… Kesimpulannya, kalo nak jd sesuatu jgn pk pasal result n risiko yang akan dpt. Tp takleh, psl 2 benda tu penting… ntah lah. Tgk jelah nanti. Usaha dulu (usaha tanpa cita-cita, sia2)

You May Also Like

0 comments