IMAM MUDA MEMANG BEST WALAUPUN AKU TAK PENAH TENGOK!

by - 4:12 AM

Assalamualaikum w.b.t…

Dah habis pun program ni. Tapi malangnya aku ak penah tengok pun. Aku nak tengok tapi tak bleh. Kenapa yea? Oh, lupa ruma aku mana ade astro. Tapi kan, aku bukannya duk kat rumah. Aku kat UiTM. Oh yea, sebab duk kat UiTM la aku tak dapat nak tengok program ni. Bilik tv selalu je kena reserve ngan peminat korea. Sorry, no offense! Kang, kalo aku pegi kat bilik tb dengan muka selambanya cakap nak tengok IM, tak pasal-pasal plak kena tendang dush dush ngan peminat korea. Berkemungkinan hanya  aku seorang sahaja yang nak tengok. Huhu… tu pasal la aku tak sempat nak tengok. Bila balik rumah akak aku plak, aku  jadi lupa nak tengok, tertengok citer lain plak. Tup… tap… tup… tap… kan dah habis. Hoh, sekarang saya menyesal. Astro, sila ulang ye rancangan ni masa saya cuti sem bulan 10 nanti.*tapi aku nak tgk kat mana??



Aku penah baca ade orang komen rancangan ni tak bagus. Dia kata, nak cari imam muda tak patut dicari melalui reality tv macam ni. Mungkin mereka hanya nak hadiah dan bukannya betul-betul nak jadi imam. Tiada kualiti. Bagi aku pendapat dia ni tak betul. Baik program macam ni daripada yang mengarut ntah ape-ape tu. Soal mementingkan hadiah tak timbul. Itu dari niat masing-masing la. Niat datang dari hati, kita tak bleh nak nilai. Biasa r, sesuatu tu takkan perfect dan tak dapat puaskan hati semua orang. Ahaks, lelaki yang komen macam tu tau. Biasa r… aku pon ade gak rse rancangan Gadis Melayu tak bagus. Hehehe…

You May Also Like

2 comments