TAK SUSAH NAK JADI MUSLIMAH, TAPI BUKAN MUDAH NK JADI MUKMINAH

by - 4:18 PM



 

Aku solat, 
tp selalu saja di akhir waktu 
Tanpa rasa khusyuk 

 
Aku mengaji, 
namun aku tidak reti bertajwid 
Jauh sekali untuk bertarannum 
Tidak juga ku faham maksud


Aku menutup aurat, 
tp masih bergincu merah 
Memakai bauan indah, 
utk menarik pesona lelaki gagah 


Aku kata aku ingat Allah, 
tp aku lupa untuk berzikir 
sedangkan bibirku lancar menyanyikan lagu si kafir 


Aku mengaku aku sayang Rasulullah S.A.W, 
Namun jarang sekali aku ingat pengorbanan baginda 


Aku bnci peperangan di Palestin, 
tp aku masih sokong Yahudi… 
jangan hairan kalau aku pun ada facebook 


Aku kenal dosa pahala, 
tapi aku masih mengata 


Aku juga tahu syurga neraka, 
namun aku sering alpa 
Diulit kemewahan dan keseronokan duniawi 
Aku sinis mengutuk mereka, 
yang lupa dengan agama… 
Namun adakah aku amat mulia??? 
Jawapannya tidaksama sekali


Hanya yg pasti 
Aku masih menanti sambil mencari 
Cinta, rahmat dan berkat Ilahi


**ini hnya lah rasa hati aku,
aku bkn bdak sastera... 
bkn jgak ulama agama...
jd maafkan andai tersalah bicara,
andai tersilap rasa perbetulkanlah tutur kata...


notadlmkotak : hr ini hr kegagaln kami, mungkin esk kami dpt kemenangan... INSYA ALLAH. (patut la n3 yg insaf2 jer ni... moga kami istiqamah dlm beribadah!)

 p/s : gmba dipinjam dri lmn web iluvislam dan inchik google

You May Also Like

15 comments