‘KISAH KAISARA’ BERTUKAR MENJADI ‘DUNIA BARU’

by - 8:50 PM

Antara sebab-sebab saya lambat update blog ialah, pertama, saya kurang pasti sama ada masih ada yang mahu baca entri saya atau tak, kedua, blog saya belum popular (kalau selalu tak update macam mana nak dapat reader), ketiga, saya mempunyai komitmen lain *maafkan saya, blog. Awak bukan priority saya. huhu*

Since aku rasa dah lama tak post entri pasal diri sendiri, (memang tipu) so kali ni aku nak citer pasal aku. *kalau tak mau tahu pon, kena baca. hehe*

Next week, eh bukan, Ahad ni (oh, ye ke?) dah kena daftar untuk semester pertama  Asasi Undang-Undang (sebut undang-undang macam dalam cerita Tiga Abdul, undeng-undeng)

‘Kisah Kaisara’ akan bertukar menjadi ‘Dunia Baru’. Dari sekolah menengah pegi ke alam universiti. Sebenarnya aku tak sabar nak tahu UiTM Shah Alam ni macam mana, nak tahu siapa kawan aku (harap dpt kawan sekepala), nak tahu siapa lecturer aku (harap ada at least sorang lecturer hensem dan muda trang tang tang *apakah?*), dan paling nak tahu, macam mana hidup jauh dari family. (dah tak bleh pinjam tudung mak. huhu)

Tak penah-penah pun seumo hidup  aku terfikir nak amik course law. Siap belajar kimia, fizik, biologi, matematik tambahan dengan jayanya. Tapi, last-last amik law. Naseb baik tak penah menghampakan cikgu sejarah mase tiap kali exam dulu. Dan jugak, nasib baik aku rajin pergi menghafal fakta sejarah dengan membawa peta minda yang amat ringkas depan cikgu sejarah. Ngee~

Bila amik law, tak semestinya jadi lawyer. Tapi sekali melangkah, mungkin aku takkan berpaling. Aku mahu jadi lawyer. Im not good debator, but I think I got the talent *tp, bila berdebat dengan abang aku, mesti selalu kalah!* lagipun, ayah siap imagine aku jadi lawyer. Mase tengok citer Gelora Di Hati Sara, Sara pakai baju peguam, ayah cakap macam ni ‘nanti eyka pakai coat lawyer macam ni la’ *terharu disitu*. Mesti aku nampak hensem pakai baju, jubah, coat, whatever peguam ni. Hehehe

Tiba-tiba jer teringat semua citer berkaitan lawyer. Padahal sebelum ni tak penah amik kisah pon, juz tengok jer. Lebih concern pada Grey’s Anatomy dan Private Practice *konon nak jadi doktor  padahal penakut dengan corpse*. Nak tengok balik citer Legally Blonde. hehe

So, aku adalah pioneer bidang law dalam sedara mara aku. Blom ade lagi dalam 7 keturunan aku yang amik course law. Nanti anak-anak sedara aku mesti admire dengan aku. ‘Nanti nak jadi macam Mak Uda’  *perasan giler*

Kepada kawan-kawan yang dah start sambung study, KEEP FIGHTING! CHAIYOK! La tai asu, la tahzan, la khauf (ecece, sombong nak bercakap arab plak.)

nota kaki size9 : aku ingat nak upload gmba aku dlm entri ni, tp lembap la plak.(alasan je sebenarnya). tp siyes memang lembap nak upload gmba. dats y entri ni takde gmba. sungguh tak menarik, kan?

You May Also Like

4 comments