MAJALAH FREE ILUVISLAM PASAL KAPEL

by - 2:04 AM

Entah kali ke berapa aku tukar nama blog. Suka hati aku r, blog aku. huhu... *sebab tu blog aku tak popular walaupon aku popular. ngee~




Kali ini, aku takmo merepek meraban, ini entri yang sangat berfaedah ye. Rugi kalo tak baca.

Sebenarnya aku nak bagitau, ada majalah free ni ha. Aku tau semua orang suka benda-benda free ni. Dat's why aku nak share dengan orang yang baca blog aku, sama ada baca secara senyap atau baca dengan suara kuat.

MAJALAH REMAJA SEMPOI (MARS)
Edisi kedua dah keluar. Rugi kalo tak baca ni

Edisi pertama - klik utk download




Isu dalam edisi pertama ni pasal kapel, mesti ramai yang minat. hehe
Since dah sebut pasal kapel ni, meh aku nak share skit my thought about this lovely topic. *semua orang remaja suka topik ni* Kawan-kawan aku ramai yang dah kapel-kapel ni, siap declare diorang punya affair kat umum lagi. ecece... so nice, rite.?!


so nice. tapi masa kapel tak bleh buat ni. Mak marah ye. Lps tawen, br bleh. hehehe=p

Memang la sweet kapel-kapel ni. Tapi, sejauh mana sweet pon, Islam tetap mengharamkan 'couple'. Aku rase macam bengang je bila ade yang sebut 'kapel ikut batas Islam'. Masalahnya dalam Islam ade ke istilah 'couple'? Nehi hei... Dah gataii sangat kawen terus. Ape susah? Ready, tak ready, gasak la. Sape suh gatai, tak kawal nafsu. huhu...
No offense! aku memang tak berapa shuker ngan orang kapel-kapel ni. Even, abang aku sendiri, aku tak suka. Bila depa pegang tangan depan aku, aku sengih jelah. Takkan aku nak lempang plak abang aku. Maunya hilang pendapatan sampingan bulanan aku.  huhu... sungguh hipokrit, kan? Aku hanya mampu membenci dengan hati, selemah-lemah iman.
Mungkin ada yang rase, 'kapel-kapel ni biasa r, tu pom nak wat entri ke, kurang idea nak update blog ni.' Memang la biasa, tapi takkan la kes buang anak, gugurkan janin pon nk dijadikan isu biasa dalam masyarakat kita? Hal rumit asalnya dari hal kecik jer!
Heh, aku memang emo kalo pasal ni. huhu... ku tak kesah kalo ade yang berpendapat aku ni anti-couple sebab aku takde boifren. Yea sangat la tu*iakan aje lah*. Aku rase cinta lepas kawen adalah lebih sweet (sungguh konservatif) lalala~

quote of the day : please, kalo anda seorang lelaki yang sekufu dengan saya, pakej lengkap dan sangat admirer dengan ciri-ciri wanita melayu terakhir yang saya miliki, jangan propose saya, tapi bawa rombongan meminang ke rumah saya... 7tahun lagi. lalalala~

Edisi kedua - klik utk download


Pasal perkahwinan dalam Islam. Tiada ulasan lanjut kerana saya tidak ada pengalaman dalam bidang ini. hehehe...





bukan nota kaki : mampos aku kalo ayah aku baca n3 ni, mau nya dia terus cari jodoh utk aku. Gataiii...

You May Also Like

15 comments