PERISTIWA MAGHRIB

by - 1:24 AM


Tiba-tiba fikiran ni teringat pada peristiwa maghrib tahun lalu. Aku solat maghrib seperti biasa, namun tempatnya berbeza iaitu di surau  hospital. Petang itu sangat suram. Suram sebab baru tadi  aku melawat emak. Emak lesu  terbaring di katil. Wayar berselirat  di seluruh tubuhnya.
Selesai aku solat maghrib, aku berdoa bersungguh-sungguh. Doa itu memang paling istimewa hanya untuk mak. Air mata memang tak berhenti menitik.  Tak dapat aku bayangkan kalau mak pergi dalam masa terdekat. Aku mohon pada Allah dengan sepenuh pengharapan, panjangkanlah usia mak. Aku belum habis berbakti untuk dia. Aku belum puas menghabiskan masa bersama dia.
Di sebelah aku,kakak ipar aku baru bersiap-siap untuk menunaikan solat. Mungkin dia sedar akan doa sayuku. Selesai aku berdoa, dia mulakan perbualan dengan aku. Aku masih ingat, dia cakap ‘ape-ape pun terjadi kat mak, ika jangan salahkan abang-abang dan kakak-kakak. Bukan diorang tak nak bagitau.’ Aku senyum dengan penuh air mata kat pipi. Senyum sebab tak pernah pun terlintas kat hati ni untuk salahkan sesiapa.
Kakak ipar aku mungkin risau sebab aku yang paling lambat diberitahu tentang keadaan mak. Sebenarnya tak perlu diberitahu, aku sendiri boleh agak. Cuma aku  takut. Takut nak hadapi reality. Takut tak kuat. Sebab aku masih mahu berharap.
Aku masih ingat kali terakhir  aku cium mak,sebelum pulang dari hospital. Aku cium kat dahi. Aku suka bau dia. Hati aku mengagak, ini kali terakhir aku  cium mak. Ya, memang tepat.

You May Also Like

0 comments