Single!

by - 12:26 AM

Assalamualaikum..
Dah lama rasanya tidak berjinak-jinak dengan dunia penulisan dalam bahasa yang lebih santai yang terus dari hati kiteww. Okey, jadi marilah saya memulakan penceritaan saya yang tak menarik sangat ni.

Ekceli *gitew, speaking plok* aku tengah cuti sem sekarang ni. Cuti start mase pertengahan bulan posa hari tu. Tapi aku stay kl dlu, nak dekat raya baru balik. kengkonon nak rasa balik secara berjemaah dengan warga kl yang lain. Baru ada feel anak rantau pulang berhari raya. Hishy, ngarut plak, sbnrnya nak jimat duit tambang balik kelantan. Balik lambat boleh tompang keta abang aku, juga boleh turut memeriahkan perjalanan beliau sekeluarga. Dah balik masa semua orang nak balik, haruslah jem keta macam parking atas jalan. Jadi abang ak pon dengan sabarnya melalui route yang jauh. Biasanya, balik kelantan ni kita lalu Pahang je (je? dkat 4 jam jgak duk dlm pahang tu). Tapi kali ni kitorang lalu pahang, ganu, baru kelantan sbb nak elak jem. Motip sangat aku nak kena citer smua ni -.-

Motip entry ni, aku nak menyelami isu menjadi seorang yang bergelar bujang (haa dah macam erra fazira dalm primadona ayatnya). Tiap-tiap hari aku duk baca status kawan-kawan aku yang kesal kerana masih belum bergelar isteri/laki orang. Sebenarnya aku pon kesal jugak. Pahtu ada plak kawan-kwan kita/ senior yang bg jemputan kahwin diorang. Lagi la perasaan ingin berumah tangga itu meruap-ruap (eh betul ke perkataan ni?)

The other day, I had read an article from a famous blog (I can't remember which one because I read too many famous blog, asal famous aku baca). The article is really a good article because it  gives, a single person-just like me, ideas of what to do while we're still not into a serious relationship and to appreciate our single time. I am totally agree that being a single is not something to regret. InsyaAllah we will meet our jodoh someday, and being someone wife is really nice, to love and to be loved giteww. But being single is also a precious moment. Must appreciate. And a few things that I want to do while I still did not meet my 'abam' hahahaha

1. Travel
Seronok je tengok kawan2 pegi holiday jauh2. Pegi plak tu sensorang atau ngan geng, best woo! Aku? Never pack my thing to travel by myself, even to travel in country. Oversea toksah duk cakap. Masalah besar aku ialah aku  tak masyuk sangat nak mengembara ni. Haruslah ada fulus semdiri walau tak banyak mana. Aku ni duk depend financially dekat bapak aku lagi. Cuti-cuti ni ingat nak pegi kerja. Tapi ayah tak bagi la plak pasal cuti aku berbaki tak sampai sebulan pon lagi. Sapa nak amik kerja kann. tapi sumpah boring sangat-sangat duk kat rumah  macam orang takde visi ni. Aku duk pk la cuti ni nak gi jenjalan kan tapi back to the basic, aku takde duwettttt. (Macam isytihar kat blog je yg aku ni bankrap).

Serious woah, dah kerja nanti, mase chambering ke ape tak kisah la. Nanti dapat cuti, dah ada duit skit, I want  to have some gateway, pi travel, sensorang, atau paling tak pn dgn sorang kawan. Malas pk pasal keta, rumah, tp nak g travel dlu. Hah zemangat giler kan.

Pengalaman travel selama ni hanyalah bersama femili. Best sbb spend time together pastu yang paling best snua benda free orang bayarkan kihkihkih. Pernah la pegi Langkawi dgn kawan masa tu wakilkan sekolah. Dah la kawan tu lelaki, sosial kan aku. hahaha.. Tp tak best sangat masa tu sbb masa tu dah la student form 4 je (mana ada duit yang banyak, walaupun sekarang takde duit jgak, tapi takde duit dlu lagi miskin dari takde duit sekarang) pastu pegi dengan orang-orang yang tak kenal kcuali sorang kawan je (yg lelaki tu la, dah aku dgn dia je wakil sekolah kami)

2. Bisnes
Serious aku nak ada bisnes. Bukan boleh kayo sangat pon. Stakat dapat untung skit ada lah. tapi rezeki kita kan Allah yang tentukan, kalau dapat jadi kayo pon apo salahnya hihihoo... Bisnes ni dapat membantu kita menjadi lebih matang dan berdikari. Ini benar ya, aku dah try. Pengalaman tu penting. Impian bisnes aku, aku nak buat bisnes candy  buffet. Comel kan hikhik *gelak comel*  Aku suka tau baking, decorate semua benda tu. Best! Nak sangat ada bisnes ni. Nak3 *mata bulat  macam puss in boot* Ni memang betul passion aku lah, compare to law. Sorii!

Hari tu aku ada lah try buat bisnes pretzel, untung tu hokeyh la, tapi itu tidak bermakna aku berputus asa dari dunia bisnes ini. Itu baru permulaan. Harus ada langkah seterusnya. Berzemangat lagi

3. Driving
Aku nak kena mantopkan lagi skill driving aku ni. Selalu kna marah dengan ayah aku, macam pegawai jpj memarahi si budak yg br nak amik lesen. Pastu bila dah kena marah, aku terus hilang keyakinan diri serta merta. Jadi harus bagaimana lagi? Sedih kite *bawa diri pegi sebelah tong sampah nangis*

Kna beli keta before kawen ni. So dapat la aku drive sampai habis jalan tanpa dimarahi oleh sesiapa. Dan kereta haruslah auto. Mase bli keta tu krja baru sebln 2, fresh graduate harus lah hanya mampu kereta local yg comel2 je. Sedih lagi.

Tapi tiap kali nampak crz kat jalan, hati ak meronta-ronta  utk memilikinya. Mahu kamu! Kalau nak crz kna krja 5 thn dlu br dpt kumpul duit byr muka, tp kalau bli keta biasa2 je aku dapat keta sdiri dan mampu drive sesuka hati sehingga memiliki skill memandu luar biasa hebatnya. So nak skill memandu cpt ke nak crz? Skill memandu sblm kawen la supaya laki aku tak perlu susah hantar aku pegi mall mase aku nak berjimba seorang diri (betul ke slps kawen bleh berjimba seorg diri? bukan ke shopping dgn laki lbh best? knp kna shopping sorg2, kan dah  ada laki?)

4. Kuruih
Ni antara benda penting nak kena capai sebelum kawin, kuruih macam Rita Rudaini. Bukan nak kuruih sangat3, aku nak fit. Sebab aku ni sangat la cumil dan gebu dan telah lama menternak lelemak smua ni. Jangan kata lelemak sayuran je, smua lemak ada.

And I've already started this challenge together with my friend last sem. Eventhough, it was a slow process because we never get involve in all sort of slimming products, sbb smua nampak cam menipu jer. But Alhamdulillah, at the end of sem, we can see the transformation. Perubahan tu nampak ketara sangat bila kita letak gamba awal sem and gmba hujung sem sebelah2. Kita tak rasa tau, tapi sbnrnya dlm diam badan kita shrinking. Lemak di peha still ada, perut masih berlipat *malu* tapi sbnrnya bdan kita ni jadi kecut tau. Macam scary plak hahahah. Jauh lagi perjalanan challenge kami ni. Ni dah cuti sem, berat naik plok. Sia-sia je. Nanti mula sem start balik, hilangkan lemak-lemak yang diternak semasa cuti sem huhuhuhuhu..

Sbnrnya target nak kurus ni asalnya before konvo. Maknanya konvo nanti nak pkai baju kebaya macam che ta. Tapi macam payah la plo. Konvo bln 11, tp skrg ni pon duk montel lg. Takpe konvo aku 2 kali. Tak tahun ni, tahun depan. Paling lambat pon aku kna kuruh masa kawin tau.

Aku sbnrnya bukan ada kekangan dari sesapa pon utk nak kurus ni. takde sapa paksa pon. Pastu aku dah tak kisah pon dengar caci keji hina orang ramai (tapi kan aku rasa takde la sampai thap camtu sekali hahahaha). Aku nak kurus utk diri aku sendiri. Atas kesedaran I love myself, aku harus lah jaga body, jaga pemakanan. Kalau boleh nak sixpacks kat perut kahkahkah... Bukan ape, aku pk nnt aku nak mengandung (haa jauh kan pk) dan aku nak mengandung dengan keadaan badan yang sihat dan fit. Haa.. bermatlamat sangat. Ini lah dinamakan naluri keibuan. Haaa... nak kurus tu ada kaitan dengan naluri seorang ibu tawuu!

Dalam duk jaga nak kurus ni, benda yang paling penting aku belajar ialah ubah cara hidup kita, cara kita makan, cara kita jaga kesihatan. Dalam nak kurus ni, aku belajar yang kita kena ubah attitude kita ke arah gaya hidup sihat. Riadah waktu petang dan hujung minggu sebenarnya penting dan best!

Dah la tu buat masa ni. Dah penat taip, dah la keypad ni terkopak dek kerja tangan kecik comel anak sedara aku. Okey baii!

You May Also Like

0 comments