sungguh!

by - 12:27 AM

sungguh..
aku rindu  waktu  itu.
waktu aku masih punya seorang ibu
waktu  dia memanjakan aku.

sungguh..
aku rindu waktu itu
aku  dihatinya
aku dalam ingatannya
tak perlu untuk dia ingatkan aku
aku tahu aku cinta hatinya

aku rindu  waktu  itu
dia bercerita pada aku
dan dialah luahan hati kegemaran aku
walau dia banyak berceloteh
walau kadang-kadang aku  rimas
tapi dia tetap kesukaanku

rindu itu ada
ingatan pula
setiap masa
namun adakalanya
mata juga jadi mangsa

memang dia takkan ada pengganti
dan memang aku takkan pernah cari
yang lain
walau dah lama dia pergi

aku tahu masa takkan kembali
aku tahu  hadiah terbaik untuk dia
ummul kitab dan doa-doa
aku harap
kalau  dia lihat aku
dia takkan pernah menangis lagi
semoga syurga yang emak rasa

You May Also Like

0 comments