ANTARA MATRIK, SPA8, MAKTAB PERGURUAN DAN PERMOHONAN UPU

by - 8:34 AM


(ayat macam nak buat karangan fakta, tp sbnrnya, ini bukan cara aku menulis di blog)


Saya berumur 18 tahun. Saya lepasan SPM 2009. Sekarang, saya sedang menunggu keputusan permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran saya.



MATRIKULASI
bukanlah jual mahal, tapi jujur dikatakan memang ini adalah last option. Tahniah kepada diri saya sendiri (sungguh riak) kerana telah berjaya mendapat tawaran ke Matrikulasi Perlis. Hampir semua orang tanya, 'nak pegi ke Perlis ni?' Aku takde jawapan. Antara pergi atau tak.
Ramai yg kata matrik tak bagus, termasuk guru-guru saya. Tapi, sekiranya saya mahu berjuang, di sinilah tempatnya. Sekiranya saya mendapat 4flat (mmg saya perasan, minta maaf) saya mungkin akan sambung pengajian dalam bidang perubatan. Namun, mampukah saya menjadi seorang doktor. Emak dan kakak saya sering berkata, saya tak layak menjadi doktor kerana saya memang seorang yang cuai (sila bygkan watak Anne Hathaway dalam Princess Diary yang selalu terlanggar benda) 
Jika di sini adalah permulaan kejayaan saya, saya rela

klik kalo xnmpak...


SPA8
(Beria-ia macam dah konpem dapat. Padahal baru dapat surat interbiu.) Saya harap temuduga ini berjalan lancar.
Sekiranya saya lulus temuduga ini, saya juga akan melibatkan diri dengan bidang yang ada di hospital. Selain itu, saya akan mendapat tanggungan tetap setiap bulan oleh pihak kerajaan. Saya tidak biasa bergantung perbelanjaan 100%  kepada ayah saya. Jadi, ini jugak sesuai dengan saya. Jika ini yang terbaik untuk saya, saya terima.

MAKTAB PERGURUAN
Sepatutnya dapat tahu hari ini sama ada saya layak untuk temuduga atau tak. Tapi tarikh keputusan temuduga ditangguhkan . Andai kata saya layak untuk temuduga ini, saya akan mencuba nasib di sini. Pengajian di sini juga bagus kerana setiap kali cuti sekolah, saya juga akan cuti. Jika inilah pilihan terbaik, saya redha dan saya akan cuba yang terbaik.

PERMOHONAN UPU
Saya amat berharap pada pilihan pertama saya; asasi undang-undang di UIAM. Memang ini bukan bidang saya sewaktu di peringkat menengah atas, namun sebenarnya saya juga berminat untuk menjadi seorang peguam. Mengutarakan hujah, menyatakan pandangan, berkongsi maklumat, mahukan keadilan, itu adalah saya. Andai kata bukan pilihan pertama yang UPU tawarkan kepada saya, saya pasti kecewa sekali. Sekiranya saya ditakdirkan untuk menjadi pembela, ini adalah permulaan langkah saya. Saya amat berharap tawaran ini. Jika rezeki saya bukan di sini, saya harap ada keajaiban akan berlaku.

shesays : pdhal yang konpem br satu;matrik.

You May Also Like

11 comments