ESEI MENGARUT SEORANG BESDAY GIRL YG TAK SIHAT

by - 12:41 AM


Empat hari sebelum usiaku genap 18tahun, aku mengalami pening yang agak kritikal sehingga menyebabkan aku demam. Pada malam itu jugak, aku tidak dapat menghadirkan diri ke Anugerah Bintang Popular . Aku bertuah kerana mak dan ayah mengambil berat tentang aku pada malam itu. Mujurlah demam ini hanya berlarutan selama satu hati setengah.


Namun, pada malam 7 April, aku kembali demam. Kepalaku terasa berat. Dua jam sebelum tiba 8 April, dimana usiaku genap 18 tahun, aku terlena. Aku tidur dengan harapan agar sakit kepala ini berkurangan.

Sangkaanku meleset. Selepas satu setengah jam tidur, sakit kepala aku makin teruk. Bukan sahaja sakit kepala, bahkan seluruh badanku terasa sakit. Aku cuba menguatkan diri untuk bangun. Aku melihat wajahku di dalam cermin. Aku tergamam. Berlaku transformasi pada seluruh badanku. badanku umpama mendapat sentuhan adobe photoshop.

Tepat jam 12 malam, aku berubah seratus peratus menjadi serigala jadian.



Eh, mengarut. Yang pasal demam ngan pening kepala tu betul, yang pasal berubah jadi serigala jadian tu konpem2 mengarut jer. Sbnrnya, aku takut gak demam dekat2 ngan besday ni, kot berubah jd .... *obses ngan citer kt tv la ni*

Skrg ni aku dh tak bleh duk dpn computer lama2, kepala aku jadi pening. Bahaya ni. Tu pasal dh kurang blogwalking. Kecian aku.

notadlmkotak : tak pyh baca la n3 mengarut ni [mmg xde yg bc pom]

You May Also Like

4 comments