I AM A REASONABLE PERSON...

by - 10:17 PM

*Malunya aku kalau ada orang yang aku kenal baca blog aku.* Jadi, kalau anda kenal saya, jangan bagitau saya yang anda pernah baca blog saya. Bahasa dalam blog saya memang agak kelakar dan tak sama dengan bahasa verbal saya. Blog saya adalah dunia lain untuk saya berkata-kata. Saya juga minat sastera walaupun dah lama saya tak baca novel. Oh, salah, novel bukan untuk mereke yang 'sastera' tapi sebenarnya novel adalah untuk mereka yang romantik.*tak hairan lah kalau saya dah tak baca novel* Saya suka sastera. Sastera di sini bermaksud puitis dan kiasan, macam quote yang menarik dan seperti puisi yang Anna Althafunnisa baca. Tapi, kadang-kadang saya juga suka sains. tapi hanya kadang-kadang dan hanya topik-topik tertentu sahaja.*sigh*



Sebenarnya saya rasa takde orang pun baca blog saya kerana saya tak popular dan hangat seperti mereka yang dipanggil 'hot setaf'. Saya hanyalah 'reasonable person' yang lebih suka mendiamkan diri. Saya berfikir, dan mempunyai idea yang agak bernas tapi saya jarang mengutarakan pemikiran saya dan juga jarang meluahkan perasaan saya. Amaran kepada mereka yang kenal saya, saya sebenarnya penipu. Saya suka tipu, walaupun dengan diri sendiri. Dan kadang-kadang saya sendiri pun tak sedar yang saya sedang menipu. Kalau saya sedar saya telah menipu, saya akan menangis selepas itu. Sebab hati saya terluka... Saya selalu melukakan hati saya sendiri. Sekarang, saya dah tak menangis bila hati saya terluka. Sebab hati saya dah biasa terluka. Hati saya dah kalis sebab sentiasa dilukai. Orang lain melukakan hati saya pun saya dah tak kisah sebab saya sendiri pun selalu melukakan hati saya. Hati, saya minta maaf...Tapi, hati, jangan bagitau orang lain yang saya ni jahat, selalu lukakan awak.

You May Also Like

0 comments