Resipi Tom Yam Simple, Daging Goreng, Ayam Berempah, Sambal Pauh Kelate *1 Ramadhan 1439*
Assalamualaikum dan Salam Ramadhan uolls
Sebab sis selalu hilang buku nota yang sis tulis resipi, tak pun sis lupa sis tulis kat mana, so sis kena ambil langkah lain supaya sis dah tak hilang resipi-resipi tersebut. Oh, bila sis dah lama tak masak, sis juga boleh lupa cara memasak walaupun sis dah terer masakan tersebut. Oleh itu sis amat memerlukan alternatif sebegini iaitu tepek di blog sendiri walaupun kat sini dah macam sendu. Nak tulis dalam fb malu sebab sis tak suka perhatian dan share yang banyak. Blog i sendu pun takpe la. Asal aku sendiri tau nak cari kat mana. Nak buat video pulak sis ni jenis pemalas pegang handphone time masak. I tak faham ok macam mana orang yang boleh memasak sambil rekod like i omaigod i cannot do so why you so rajin dah la masak tu memang penat lepas tu ada masa plak kau merekod bagai. Ambil gambar pun i malas, inikan pulak nak rekod video kan. I tried but the struggle is so real. Masa menumis tu masih rajin merekod, lepas tu dah lupa dah handphone letak mana. hahhahah. But, i will try again hurmmm..
Ni pun nak tulis tiap-tiap hari macam tak je. But i try to stick to this routine ok. And i try with photos. Tapi untuk resipi yang ini, tak sempat nak amik gambar. I'll take photo next time k. And i try bagi resipi yang mudah difahami because i dont like complicated things.
Tomyam Ayam
Air
Bawang holland - Potong jadi bulat-bulat (sebiji je)
Ayam - Potong kecil-kecil (ikut suka nak banyak mana)
Lengkuas - diketuk (1 inci)
Tomyam paste -dalam botol siam tu paling sedap (tengok la air kau banyak mana dalam 2,3 sudu dah okey)
Serai - diketuk
Sayur-sayuran -Carrot, kubis bunga, cendawan enoki
Cili - 3,4 biji je sebab pes tomyam tu dah pedas dah
Daun limau purut
Garam
Perasa
Limau
1. Rebus air dengan ayam, bawang holland, lengkuas
2. Ayam dah masak, masukkan pes tomyam, sayur-sayuran, cili, daun limau purut
3. Tunggu sayur tu dah masak, perasakan dengan garam, kalau nak masukkan perasa pun boleh.
4. Siap dan hidang. Perah limau mase nak hidang.
Daging goreng
Daging
Serbuk kunyit
Garam
Air
Minyak
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Halia - hiris
Lada hijau - hiris
Bawang holland - potong bulat-bulat
Garam
Perasa
1. Perap daging dengan serbuk kunyit dan garam. *bulan puasa ni jangan letak garam banyak sangat. kalau masin nanti boleh dehidrasi plak. Dehidrasi satu hal, kalau masin kan tak sedap, boleh kemurungan tauu
2. Panaskan daging yang dah perap tadi. Letak air tunggu sampai kering atau agak-agak daging dah empuk.
3. Ketepikan daging. Tumis bawang merah, bawang putih, halia. Agak-agak dah wangi, masukkan daging tadi.
4. Masukkan lada hijau, bawang holland, garam, perasa. Siap
Ayam Goreng Berempah
Ayam
Kicap manis
Sos tiram
Madu
Sos cili
Serbuk cili
Black pepper
Bawang putih
Halia
gula
Garam
Minyak
1. Tumbuk bawang putih dan halia
2. Perap ayam dan semua bahan kat atas kecuali minyak sebab minyak tu untuk menggoreng la. Sukatan tu main agak-agak jelah. Tengok juga ayam tu banyak mana. Pandai-pandai korang la
3. Perap la sejam ke dua jam ke sehari ke. Lagi lama lagi sedap. Nak buat stok sebulan puasa pun boleh. Buat banyak-banyak simpan dalam fridge.
4. Goreng bila nak makan
Sambal Pauh @ mangga @ mempelam (Kelantan style)
10 - 15 biji cili
Ikan sardin - seekor (direbus)
Mangga/mempelam - 2 biji
Garam
Gula
Perasa
Limau (jika perlu)
1. Ikan tu buang tulang.
2. Tumbuk semua bahan tu
3. Kalau rasa macam nak masam lagi, perah limau
Banyak juga i masak first ramadhan ni. Biasa la baru sehari puasa. Pasal tu lah tak sempat amik gmbo meja hidangan. Sibuk memasaknya. Ok la itu sahaja, uolls bleh la try.
0 comments